
10.03.2016 | 08:51:00 | 0 Comments
Disebabkan semalam kami kebosanan, so dengan rajinnya kami pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Kami di sini ialah Putri, Ain dan jugak Syazana iaitu roommate kami berdua.
Tepat pukul 01.15 pagi, kami bergerak ke KL. Dan terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Buat apa? Main basikal bro! Hahaha. Kitorang sewa basikal untuk individu je. Tak mau lah naik basikal yang double atau triple tu, nanti ai sorang je yang mengayuh. Haha. Disebabkan semalam ialah hari Ahad, biasalah, penuh mat rempit bergelimpangan. Menghilangkan mood aje dorang tu.
So kitorang mula naik basikal 02.15 AM dan bayar RM10 untuk 1 jam extra 15 minit. Pusing lah kitorang satu tasik tu. Penat boleh tahan lah. Dan gelap lagi satu hal. Punya lah payah menyuluh jalan pakai phone. Hahaa. Balik tu singgah makan kat kedai mamak Ahsiah Food Corner depan IPD Sentul. Dan dalam pukul 05.00 AM tu tepat balik Bangi terus. And now, 08.50 masih belum tidur. Rabak oii!